Saturday 6 April 2013

JANA WANG DENGAN HOBI

  

Hobi adalah kegiatan yang selalu kita lakukan bila ada kelapangan masa. Wang pula kita perlukan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Tanpa wang kita tidak dapat membeli barang-barang keperluan hidup terutamanya makanan. Di zaman sekarang ini, masa kita banyak dihabiskan untuk mencari wang. Tekanan kerja, tekanan ekonomi diri dan tekanan menghadapi kesesakan jalanraya untuk pergi dan balik dari tempat kerja sering dihadapi terutama yang menetap di bandar-bandar besar. Disebabkan itulah kita perlu mempunyai hobi untuk ketenangan fikiran kita dan melupakan segala masalah tekanan yang kita hadapi.
 
Pada zaman kini, hobi yang kita miliki juga bukan sahaja untuk ketenangan fikiran ataupun kepuasan diri tetapi kita juga boleh menjana wang dengan hobi yang kita miliki. Kita boleh melakukannya secara part-time mengikut kelapangan masa kita seperti selepas bekerja ataupun hujung minggu. Kita juga boleh melakukan sepenuh masa jika kita benar-benar yakin kita boleh menjadikan hobi kita mesin menjana wang.

Bayangkanlah bagaimana anda menjana wang untuk pendapatan anda dengan melakukan kerja yang anda gemari dan minati? Bayangkanlah juga bagaimana kepuasan dan keseronokan menjana wang dengan hanya mengunakan hobi anda gemari? Ia seperti anda sedang bersantai sambil berseronok tetapi ia juga mendatangkan hasil.

Di dunia ini ada beratus-ratus jenis hobi. Jadi kita perlulah memilih hobi terbaik untuk diri kita. Hobi itu bukan sekadar hobi sahaja tetapi pilihlah hobi yang boleh menjana wang untuk kita. Janganlah pilih hobi yang hanya kita sahaja perlu mengeluarkan wang tetapi pilihlah hobi yang akan menjana wang untuk kita. Yang paling penting hobi yang kita pilih itu mestilah sesuatu yang kita gemari.
     

No comments:

Post a Comment